Jumat, 11 Maret 2016

Sujud

Sujud adalah simbol ketundukan, ketaatan, pergantungan dan kepasrahan kita kepada Allah SWT.

Sujud itu adalah tanda hancur leburnya semua benih keegoan, kesombongan dan keangkuhan yang tertanam dalam diri kita di hadapan kuasa Allah SWT.

Dan sujud itu juga ialah perakuan bahawa kita adalah hamba yang kerdil, hina dan lemah!

Maka, sujudlah dan mintalah kepada Allah apa sahaja kebaikan yang kita inginkan. Kerana ketika sujud kita berada di titik terakhir yang paling hampir dan dekat dengan Allah SWT.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar